jika memandu di kawasan uia,pasti tergelak bila teserempak dgn minah-minah Thai yang naik motor,sebab mereka sering naik bertiga. selamba woi macam duk kat Pattani. aku mesti bahan gelak. tapi ada satu peristiwa dan ia berkaitan.
hari tu isnin kot, aku ada interview keje part-time kat uia, aku dan lagi 2 member. so,belah pagi interview and petang exam,last paper. a day before,aku dah anta kereta balik rumah aunty aku kat Gombak sebab sehari dua lagi dah nak balik KB. confident anta kereta balik rumah sbb dah tak pakai,gi exam bole jalan kaki. Pap! tiba-tiba teringat ada interview. nak jalan kaki?mau bepeluh woi sbb interview kat Mahallah Bilal,jauh tu...
bincang punya bincang habis bekati sms. came out solution, Ida ada motor. Bole bergilir anta pegi tempat interview. Dipendek kan cerita selamat la kami bertiga interview. Finally nak balik kolej kami, sape nak di hantar dulu? Ida dgn tak betul nya, bagi idea
" Naik motor dua-dua terus la"
"Kau bia betol ida?",aku tambah
"ok gak tu" si ira ni menyokong
gila! nak naik motor 3 orang. bukan dekat,nak kena pusing satu uia,sebab jalan sehala. aduh! dah ke lalu mahallah budak lelaki. Malu la wei. tapi oleh kerena terdesak dek waktu yang mencemburui aku dan ira (exam kul 2 and masa tu dah jam 11 lebih), aku tebal kan muka naik la. start aku langkah naik motor, aku bantai gelak tak henti. sampai lenguh jaw aku. untuk makluman,aku dan ira pakai baju kurung ok! tak peduli dah,kain sinsing sampai betis. dalam kepala pikir nak cepat sampai kolej and jangan tegolek jatuh dari motor.
sangsi aku dgn ida, boleh ke minah ni bawak motor, 2 pembonceng lagi tu. masa naik motor tu,aku rasa hijau muka,malu la,dah ke nak kena lalu 4 bus stopsss, rasa macam badut sarkis pun ada. obviously tiap-tiap bus stop penuh dgn student.silap-silap ada yang kenal. si ida ni syok nye bawaak laju-laju, time lalu bumper, doa punya doa tak mau tegolek jatoh. seb baik la selamat sampai tanpa kemalangan jiwa dan maruah. adoi. memori betul hari tu,naik motor 3 orang.
Moral nya,jgn suka gelak kan org sbb kita tak tau mungkin benda yang sama bakal berlaku. Karma babe.