Saturday, February 28, 2009

oh tak tahan

ok akan di collect esok di KLCC . tahun ni kena collect awal-awal. tak nak jadi macam last year birthday, tak sempat nak purchase. Rugi 20%.Apa nak beli ye?


Lihat lah dunia betapa terpesona nya aku dgn Mary Jane Nike ini, mengiurkan! Tadi aku nampak kat Nike shop,kaler merah. Nak!Nak! make it my birthday pressie,anyone?

Friday, February 27, 2009

Big exam tomorrow

Network System & Administration Test
28 February 2009
Saturday

Kami tak goyang kaki macam budak HS,
kami tak hafal script macam budak BEN,
kami tak guna debit/credit macam economics

TAPI

kami bercakap bahasa Java,C dan C++
Kami buat calculus dan numerical computation mcm mathematician and engineers
yang mana computation tu,computer je boleh kira,kami pakai calculator and formula tau!
kami mengingati cyber laws terms and acts lebih kurang laws student
cuma lagi stcientific jargons kerana its technology terms
kami guna commands kat CMD utk buat project
bukan main tulis kat words
korang pegi beli tiket wayang,choose seat,calculate harga, system tu semua kami yang buat
korang pakai LAN connection kat uni,kami yang configure
semua nya kami.
bila aku cakap buat project makna nya aku pakai networking ,command line,programming
bukan setakat copy paste kat internet,tulis report semata-mata,dalam masa 2 jam boleh siap.
makan masa berhari-hari ,tak tidur malam semata2 nak pastikan dapat output yang betul.Try and error toksah cakap,sampai kematu jari tekan keyboard
tu baru satu subjek,macamana kalau ada 3 subject ,tiap 1 minggu ada asgmnt.
asgmnt kalau takat cari answer kat textbook takpe,ni kena plak buat survey,SPSS kan survey tu,pastu buat pulak group discussion utk presentation
huh,sapa cakap CS student common in industry?Tak semua orang boleh jadi CS
so jangan nak memandai cakap budak CS takde kerja..


Wednesday, February 25, 2009

interview

Selesai satu interview for internship. secara tak sengaja aku pergi walk-in yang suppose held for BIT student. actually,sesi interview tadi tak seperti yang di sangka kan. Masuk je IS meeting room, En. Rahman rep from T*a** 2 Sdn Bhd dah sibuk bahagikan tugas. Kata nye.. he will assign 2 ppl in a group for client server project using C++ language. Suddenly..

i freak out

Im bit excite but, he scared me. I can see the pressure to complete the project. Oh! Kalau boleh aku tak mau la intern ni pressure.Tapi bukan nya aku nak memain. Its okay,there is more time.

Cuma,entah la, i need to observe first since this is the 1st company that i get impromptu feedback. nothing to lose for trying somehow. But the good things are the company is
  • near to uia which is in Wangsa Maju
  • for 6 months intership ,he will give compensation
  • the project is very helpful for my Final Year Project (FYP)
Still i came across few cons
  • He must be high expectation since he got 2 masters, 2 PhD etc and his first degree is Math. Oh yeah, he just finish Algorithm study in MIT.Whatta heck?!! (Seriously i kinda judgemental.)
  • He is so strict until he said that he can failed the intern. Unless u did a very good job, follow this and that.
Tapi, worth trying,mana ada kerja yang simple and senang,nak goyang kaki, balik rumah la. Pepun,i want to search for other company dulu.

Asyik asyik lupa

now playing Nidji - Shadows

Malam ni percubaan untuk tidur lambat berjaya, biasanya pukul 12,dah terlentok. Kalau buat group project sekalipun, aku boleh lentok 5 minit (konon). End up,kawan2 yang lain yang siapkan kerja. Dungu!



Lately i face difficulty to remember things to-do. rasanya dah kekurangan khasiat benar dah kepala otak aku ni, sampai kan benda paling senang pun boleh lupa. Bila banyak je barang nak bawa pergi kelas, salah satu mesti tertinggal. angkat kunci bilik ,letak charger notebook kejap, tengok-tengok kat class,charger tu 'selamat' tertinggal kat dalam bilik.
Hasilnya
, satu hapa pun tak jadi dalam class,sebab notebook takleh di on. Battery memang siang-siang lagi dah tak bawak.

Nak keluar pergi amik air kat water-cooler,bwk mug and coffee. Tetiba teringat rental novel tak pulang lagi,letak kunci bilik,amik novel and duit bayaran,keluar bilik. Tap! i lock my door and walla! i forgot my key's inside.
Hasilnya, aku terkunci diluar bilik selama 2 jam.

Apa ni? Kenapa menjadi-jadi kes lupa ni?

p/s : dah tengok The Punisher: War Zone?Unsur berdarah gila melampau,tak sebest The Punisher 1

Thursday, February 19, 2009

Bagai kasut tercabot tali

masih boleh di pakai tapi jalan terhencut-hencut

dah dua hari diam..

McLa dah sampai bumi Hong Kong kot
Rasa sunyi tanpa mcLa membuzz YM (mesti koya kalu SB baca)


SB = sangbuddy

Tuesday, February 17, 2009

Melampau nya penyakit pelupa

Em,tadi baca entri ila,dan aku punya cerita malu juga. Berlaku pada pagi tadi.

Pagi ni semangat untuk ke kelas Network Programming sampai alarm clock 3 kali bunyi. Dah siap berpakaian, mula menapak ke kelas di kulliyah. Pap! Takde orang kat kelas. Mula keliru, class cancel ke? sampai hati budak-budak ni tak inform. Pujuk hati..masih duduk menunggu di luar class (fyi : classroom dikunci memandangkan ada computer set and projecter).

Tiba-tiba makhluk ciptaan tuhan datang, Class cancel,katanya.huh? Really?how do u know?Tuu,he pasted notice on the door, katanya lagi sampai point ke arah pintu classroom.

Terus bangun dan menuju ke pintu. Ya. ada dua notice, salah satu nya notice dari Dr.Teddy (jgn gelak ,itu memang nama beliau). Aku memang malas nak baca notis, kalau mamat ciptaan tuhan tu tak datang,aku mesti setia duk tecongok di tangga lagi. Bukak langkah ke cafe sebagai reward class cancel. Early breakfast!

Tak masuk part MALU lagi, lepas kenyang makan roti sardin di cafe, niat di hati nak terus ke Bilal ofis. Walaupun perasaan bercampur gaul, malas nak pergi.

Turunkan wiper depan, bukak stereng lock, panaskan engine lalu , drive ke Bilal. Lalala,Bawak kereta dengan nyanyi kecil ikot alunan Fly FM, bila masuk kawasan mahallah lelaki,selisih dengan dua tiga motor. Biasa lah diorang pandang. pelik agak nya apa la perempuan ni buat kat kawasan lelaki pagi-pagi. Sesudah park,aku keluar meninggal kan kereta.. lalu terpandang

alamak!
wiper belakang tak di turun kan! Terpacak dengan tajamnya!

Patot lah semua orang pandang. sekali lagi peristiwa ni berlaku,dulu dah jadi,waktu malam,time aku keluar makan..sampai keluar UIA tau. Seb baik takde penunggang motor tercedera tertusuk wiper kereta aku. aku sedar tu pun bila dah selesai makan dan sampai di depan kolej parking. Dungu!

Lepas ni memang aku tak kan angkat dah wiper belakang tu kalau parking. Selamat aku pusing satu uia dengan wiper terpacak.

Sigh!

It's a shame that it
had to be this way
It's not enough to say I'm sorry
Maybe I'm to blame
Or maybe we're the same
But either way I can't breathe
Either way I can't breathe
All I had to say is goodbye
We're better off this way
We're better off this way
I'm alive but I'm
losing all my drive
Cause everything we've been through
It made me learn to hate you
Or hate myself for
letting it pass by

Take my pain away
Spell it out
Tell me I was wrong

By Goodbye - Secondhand serenade

Dear al-Mighty,
if this man is not for me,
please let me forget him
and heals my broken heart
put me away from devastation

Sunday, February 15, 2009

Nice people,pls vote for the poll. its on your right side

ada gambars makan-makan kat Seoul,bukan kat korea..kat O.U
Seoul Garden =)
Tapi terlalu lambat untuk upload. Nanti-nanti lah

Friday, February 13, 2009

Waiting for a wedding card

Oh,one of my closest friends is getting marry!she is one of my roomies back in Science school. Let me call her, Dina. I heard the good news from my other friend,Nuya. it was a shocked to me since i haven't imagine at our age now,one of us will make a huge move to settle down.

it seems like yesterday we all went out for double date (she dated my super ex-bf nephew in our fifth form ). We hung out at ,what is the name of the place at Hankyu Jaya? oh,cudnt remember..haa Tropica. its an open air cafe and it was the coolest place in KB (that time). Place where all the b-boys and b-girls hang out.i used to go there several times and meet new friends, Amy,Zul dan few other girls. aku tak join pun hip-hop,just lepak-lepak.

Last year, i went to the place with Yasmin. Tempat tu dah tak meriah,tak macam dulu kala.its hidden ,away from busy streets. three or four years back, McDonald Tmn Hijau,Hankyu Jaya,Educare Tuition, Padang Bas were place of glory. The mcDonald itself,was shutted down. What a memory.
Tsk..Who knows Dina will be the first to get married.i am happy for her.She choosed the date,its on Alan birthday,becoming 25 September. Cant wait to be there ;)

Thursday, February 12, 2009

Kata kan je malas

Gatal,tangan sangat gatal untuk menulis.Dah 2 hari tak ber-blog. Walau takde cerita,tetap mau di kongsi. Kali ni nak cerita pasal baju. Beli baju?Memang kebiasaan sampai dah jadi tabiat. Tapi, BASUH BAJU. sangat liat. Konon nya sibuk, hari ini,genap la 2 beg dobi ,jumlah baju kotor. Siapa suruh minggu ni sibuk dengan test. Tak sempat nak pergi mesin basuh. Ha'ah,aku tak basuh baju pakai tangan kecuali delicate t-shirt. Apa guna technology kalau tak mau guna kan?Nak tengok ke 2 timbun baju tu? Tak payah la eh,menjatuh kan air muka. Ada kawan yang mencebik, heh,tolong sikit,baju aku 3 gunung sekali pun,bukan lah dari stok 2 3 minggu. Kadang-kadang 3 hari boleh mencapai segunung. Perasan atau tak, ada orang yang boleh pakai baju sama,siang dan malam selama 2 hari. even worst, mencecah 4 hari. eei,tu lagi pengotor. Aku salin baju tiap kali mandi tau! Sebab tu baju dobi aku se-kodi.

p/s : apahal MRC nih duk announce pasal Hafsa Fiesta sampai 14 kali berturut-turut?Bodo la tu

Sunday, February 8, 2009

Edward and me? ;B

Seperti yang di janji kan semalam, nak berhenti menulis..........
...........Satu entri je,JANJI!

ok. Tadi aku nonton Twilight. Ya,baru berkesempatan. Nak tengok kat cinema konon,janji dengan Alan, tapi tak sempat. Mula-mula jalan cerita agak bosan,tapi tak yah risau,aku ni dalam masa 5 minit je,boleh menjiwai watak. menjadi kebiasaan la kalau aku duk jerit-jerit emosional. Bak kata Maya 'masuk hati' . Si Edward tu,mak aih,meleleh la aku tengok. HANDSOME.

Keluar plak part James the venom,lagi la aku jerit-jerit.(Mamat ni belakon The o.c gak). Naik kaku kaki dan lutut tgk cerita ni, ye lah,sampai part berdebar (walaupun tak cemas mana) ,aku turut cuak. lagi-lagi time James dapat tangkap Bella. Haih!

Conclusion nya, Twilight akan ada sequel rasanya,since the last part, Victoria came out. Maybe nak balas dendam kematian James. Patutnya si Bella tu di gigit jadi vampire jugak,baru bleh bersama-selamanya dengan Edward. ;D

Laju aku call Fanna, tanya comment dia. Ye lah,hari tu dia yang beria tengok.katanya, dalam buku cerita, Edward lagi gentlemen. Hee. Tak sabar nak pergi amik buku dgn Fanna.

Alan plak,dah jerit-jerit cakap tak aci,since he didnt have chance to watch it yet.Apepun,
two thumbs up for Twilight

When it rains by Paramore

**paste from evermore-nani**

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends. (ill tag 5 only)


IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
eternity - armin van buuren feat tiesto

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
lovebug- jonas bro

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
timeless-justin guarini feat kely

HOW DO YOU FEEL TODAY?
ten days- missy higgins

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
if - jun hye bin

WHAT’S YOUR MOTTO?
only hope-mandy

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
love you like i did- 112 -----> do they?

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
im yours - jason mraz ----> yeah! mum

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
empty - click 5

WHAT IS 2 + 2?
happy ending - ayumi hamasaki

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
awake - 2ndhand serenade --> elidot dear

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
loves come again - tiesto --->it just came

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
take a bow- leona lewis

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
hampir ke situ - mendua ---> motivated

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
i kissed a girl - katy perry ----> i wud probably be killed by him

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
make believe - metro station ---> i like this song

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
never keeping a secret - babyface ---> HAR HAR HAR

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
you and me - lifehouse ---> if u come back someday

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
aku bisa - reesa herlambang

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
superhuman - chris b feat k.hilson

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
all my love - 112 ----> kembang la hidung korang

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
when it rains - paramore

Tag you: ila, elida,taro,min,you!

Saturday, February 7, 2009

moody

i will stop blogging for a while
resting or i wud rather call it wrestling for 2 mid-term tests and a quiz next week
starting on tuesday,onwards




i wish i can throw away the usb Celcom



just for a week




still






i need to check emails WHATEVER!

its an addiction.-blogging

its like the new gossip girl
where you have to check and update


all the times

Sudah jatuh kerna tersadung wayar kipas

Yes, but this time not me. its my dear ilani.Haha
Karma babe!
Malu tahap gaban katanya
Tak pe ila, fifi faham
sebagai pakar jatuh terduduk dalam bas dan di perhentian bas,
kita mesti lah control ayu, ye, muhammad adif ye,
control ayuuu selepas jatuh tersungkur!

Sudah jatuh di gelak pula

seb baik ada orang baek hati yang tolong ;)

Bahahahahahaha

Wednesday, February 4, 2009

Perihal command Linux #1

apakah sebenar nya maksud #somefile.tar ?

aku yang payah paham atau Dr Mohiudeen nya perkataan yang suakr di pahami?
Dah 3 kali dia terangkan, payah betul nak tangkap 1 perkataan. 'Verbose' disalah tafsir jadi 'volvo' oleh ati.aku tanya Alut yang duduk depan aku, dia pun dua darab empat jugak, siap tanya aku balik
aku tau apa korang nak cakap

"Wah! mak dia lagi slim dari anak nya"

menyampah! kenapeeee???!

CNY holidays in Cititel Midvalley

Tuesday, February 3, 2009

nadhirah and erfan

Semalam ponteng class semata-mata nak jumpa Diya and Baby erfan, putera puteri Ayah su aku. Last time jumpa masa Erfan umur 1 bulan lebih, now he's almost 3 months.
Rasa nak gigit pipi dia. Eeei,geram!
Kakak nya selalu curi-curi cium adik nya lalu 'kutil halus'. Naluri noty-ness

Saya terpaksa duk atas kain balik,sebab saya dah ter-jeluok di atas comforter saya
Erfan dah try try nak meniarap even he's only 3 months.Cerah masa depan nih,kecik2 dah aktif

peluk kuat-kuat lampu daddy.
kalau koyak,daddy tak marah



Semangat posing sampai terangkat lampu kat belakang

Sunday, February 1, 2009

Kapal korek

Gambar ini mengandungi unsur pengotor dan geli...



....kan dah cakap


Dah korek idung, buat muka tak salah pulak

Perihal cyber laws yang tak pernah complete dan aku tak rasa boleh complete hari ni

Tak pernah di buat orang bangun pagi ahad kul 8 pagi tuk siapkan asgmnt. Hah,ni aku dah tecongok depan laptop, tidur pun tak nyenyak,mkan toksah cakap, bangun-bangun je dah cicah roti ngan teh ( nampak beno unsur kelantan jati,kata Imi)Konon nak siapkan data entry Cyber Laws subject,haram je la. dah ½ jam duk browse blog sana sini. Tak senonoh aku ni, ada kena balun dengan Maryam ni, discussion pukul 11.ada dekat ngan sekilo questionnaires tak key-in lagi. hik,sumpah malas. Lagi 13 bulan nak grad! oh sebelum grad, kena practical training, sebelum tu kena submir resume, tapi resume tak buat lagi? Cane tu? argh! argh!!!