Thursday, July 30, 2009

Iloveipanema


Aku hantar contest Recycle & Save Ipanema. Mintak-mintak menang selipar :)) Segigih mana pun aku hantar contest, tak satu pun pernah menang, bukan macam Hanis, siap menang Ipod! uyoooo. Cleo magazines monthly contest, toksah cakap la, berdozen dah aku hantar since sekolah menengah, buat rugi setem je :,,(
pls pls yang ni bagi menang ye..oh ye, Ipanema latest campaign is so cool.All u need is to bring your old selipar to the shop (hanya kedai yang mengambil bahagian) for them to recycle and they give you 25% discount on your new purchase. Cool what?See the wise and wisdom here, selipar lama tak akan di buang begitu saje while recycle can save earth! Yeay,go Green! (tetiba je). and here comes the thought 'Alangkah bagus kalau Swatch dan Apple juga buat campaign yang sama ..'

Sunday, July 26, 2009

al-fatihah

hari khamis, terdengar bunyi ambulan di Sri Pentas, khabar dari department to department..Yasmin ahmad pass out, and tonight the breaking news at 11.25pm,she passed away.Al-Fatihah. Semoga roh nya dicucuri rahmat

Saturday, July 25, 2009

broke up therapy

i saw a column in Cleo mag last month,
jot wrote down every single cent u spent everyday. so u can see ur money flow..
2 Handbags RM84
Wedges shoes in almond color RM59-20%=RM47.20
Chapstick RM45.00
Shoe pad RM10.90
Garnier Peel off mask RM5.90
inner shirt RM15 (after bargain!)
TOTAL RM208

ka-ching !

hunny madu lagi

oleh kerana permintaan hangat dari peminat-peminat ku, nih aku bagi url hot chic Hunny Madu, sila lah tambah jumlah fanclub beliao http://hunnymadu.blogspot.com. Stylo nye dia..weee

btw : dia ada abam tau,hari-hari lalu Fly.fm sebab nak intai

Wednesday, July 22, 2009

bila lah
agak nya
aku
dapat
bergambar
dengan
Hunny Madu..

Tuesday, July 21, 2009

rainbow out there


maybe i cud use my mum's thought..SEE A DOCTOR !dah 3 hari selsema,bukan babi's okeh NAUZUBILLAH. semalam sakit gigi, hari ni sakit hidung pula. Nasib menyebelahi saya sebab hidung ini tidak berair~bila sakit, kerja pun tak jalan. Yang mampu hanya lah basuh pinggan dan baju aje.

kamu! ye kamu lah, jangan main panas ye?

nih, kawan baru..yang berasal dari kedai letrik ong king. tinggal kan comment utk berkenalan ye

Saturday, July 18, 2009

changkat bukit bintang

oh..no..no.. aku tak ke sana..sebalik nya..i went to Bukit Bintang Plaza dan Pavilion. Nak heboh kan jugak sebab..AKU TAK BELI PAPE PUN! weyh,agak magis tau..serious..aku hanya pegi jumpe Imi-my-mimi je. Tapi on the way balik tu..singgah kedai letrik..beli kipas.Table fan..tak kira shopping kan? Semalam kipas hijau yang dah genap 3 bulan berkhidmat utk aku protes..dengan memcabut kan kepala kipas nya dengan tak semena. So, oleh kerana malas nak ketuk bilik ayah su pukul 1 pagi,aku pki idea kreatif dengan sangkut kepala kipas (sarang kipas) dengan hanger baju..di laundry basket. Paham ke? Payah nak explain.so, hari ni nekad..korban kan duit..beli kipas meja :( ni rasa macam naik moto ,kuat gila angin kipas baru ni,maklum lah bersih dari kotoran debu
Pendek kata semalam tido tak lena,takut kipas bodo tu putus fius dan letrik sambar baju2 aku yang bergantungan dekat rak baju..kang tebako pulak.Serius, i was thinking about fire in my blanket last nite. Sampai termimpi. Heeee :D . oh ye berbalik pada cerita changkat bukit bintang Plaza Bukit Bintang..so tadi pegi Topshop, dapat voucher RM25 hengget! yaw..dapat lah beli jeans yang di idam kan. Kede betul..nak beli selua pun tunggu voucher..ske ati ku lah.k..sap kok luh

Tuesday, July 14, 2009

taitenik

Last night i had chance to watch..erk ..re-watch Titanic at Star movies. Lepas hantar Faris balik ke KB, reach home ngam soi 15 min before the show starts. Mula2 cerita aku dah tersengih..layan muka jambu Leaonardo Di caprio. Sape tak penah minat gila babi dgn dia ? angkat jari! tipoo la wey..anak jiran aku yang masa tu umur 5 tahun pun minat mamat ni. Dia sgt handsome dan budiman.Muka baik je..

Hmm,as far as i remember, Titanic was hits back in 1998.Masa tu aku darjah 6. Among all of the girls at school, boleh dikatakan aku yang paling die hard fan dgn filem ni. Mana tak nya dari hujung rambut sampai hujung kaki..aku ada collectible item Titanic film. aku ada card kecik2 yang dlm toy egg,harga rm1 masa tu.Aku kirim kat classmate tlg belikan, Azleen. Elida pun ada satu, Azleen bawak time class malam..rasanya class tambahan utk UPSR. Then aku ada 2 helai t-shirt.satu aku beli dekat kedai kat belakang sekolah..kedai Pok Mud! kawan2 , ingat dop kedai pok mud?hehe aku beli t-shirt tu dgn hrga RM5. Terpaksa abiskan pocket money..semata-mata t-shirt putih ada poster titanic .dah ke t-sirt tu NOT for sale sbb hadiah kepada mainan tikam.Leonardo punya pasal takpe!aku paksa Pok Mud suruh jual :)).

Punya lah happy bila dia setuju. Malu kan? Bila pikir balik.Seingat aku, time tu baju printed Titanic not available lagi kat KB.And then one day pegi The Store supermarket,tenampak printed shirt Titanic..apa lagi,mintak dgn mak aku..dia kasi .huih..bertambah la collection thayeee. Seperti biasa, elide pun ada jugak..tapi yang dia yang mahal skit dari aku. Kaler hitam kot dia punya. Hmm, short pant Titanic pun aku ada tau. Beli kat pasar mlm mana ntah. Pastu jam Titanic. Bookmark Titanic, beli dekat pesta buku, sticker toksah cakap..berkotak2.Gila la weh sumeeee titanic. Kuat kan pengaruh film tu kat aku.walhal, aku pun tak tangkap sgt jalan cerita nya masa tu. Yang penting ada muka Jack Dawson!

Fesyen rambut Leonardo-masa tu sape yang rambut cam Jack, bajet hot la.eheh. haaa ramai jugak la budak-budak laki class aku buat rambut cam tu. Yang paling aku ingt Ibrahim lah.huyooo! naik saham kalau dpt buat rambut cam Jack ni.semua nya pi gunting rambut dan pki minyak rambut macam gam hari-hari. Gelak besar lah wey.

Sampai hari ni, kalau ternampak je Titanic movie kat dvd store, Faris lah orang pertama yang akan bantai gelak cukup-cukup. Bengang je aku.Okey ape! At least aku ada interest aku sendirik. Kalau orang lain boleh minat mikeal jeksen separuh mati…aku pun pernah minat Titanic gila babi!hee. malu dowh..dah dah jangan ungkit lagi! rasanya baju-baju dan seluar pendek tu dah jadi kain buruk sekarang :(

Ape yang korang minat gila masa sekolah dulu?!! Share la!

p/s: Dimas suka mikeal jeksen..masa sekolah dulu..

Friday, July 10, 2009

fakta nih

sesungguhnya hari jumaat itu terasa lama..bila mana kamu tade kelija..tipo! ada kerje tapi tak mau buat. Pastu kalut tutup window yang tak berkaitan bila mana supervisor datang jenguk. buat-buat kusyuk. Tak patot kan?!!isk isk


yawn !

mcm nak buat potographi filem Muhsin #2

ni kesinambungan last entri, lihat lah betape soleh nya aku..

nampak tak Hazami tengah perform?

maap ler, camera kita takleh zoom [ kejap kita kejap aku].
Tertanya-tanya mcm mana nak ikot serta jadi audience (tukang tepuk tangan) Muzik-muzik?
Tiap hari khamis,pukul 8pm, pegi lah SP2,Plaza Alam Sentral.
Takpayah beli tiket.FREE je.sampai sana pepandai lah korang naik sampai ting.5 ,kat situ lah SP2.
Aku pegi sebab ada kerja skit (ye ke?). Tak bukan aku yang keje,uncle aku..hee

Thursday, July 9, 2009

mcm nak buat potographi filem Muhsin

bebaju kurung kuning ke muzik-muzik

hoh! pandai betol aku pilih hari nak pki baju kurung ke opis , hmmpf!
Faris baru khobar kan kepada Kojah maimun
bahawesenye dia nak amik aku dari opis dan terus ke SP2 shah Alam..hmmmpft!
kau bayang kan aku ni tergedik2 layan lagu dengan pesyen sopan dan ayu.. bukan mas idayu okeh!

p/s: SP2 - sri pentas 2

grrrr

ohh ohh, aku menci kalau format laptop. sebab kena install balik sume software termasuk Sony Eriksong nye, tak boleh nak transfer gambar dan tiap kali rasa nak upload terpaksa cari dlm album lama. huh! Dalam duk cari2 software tu baru taringat (TAringat !) , cd-cd tu sume tetinggal kat rumah KB. macamane?!?!!!

washing machine

hello, gonna talk about my little brother, Faris. He's so charming and kind-hearted (puji lebih skit) when he bought me a new Jaspal purse,using his semi-pro payment! delighted weh!how cool,he still buying me things even i have scratched his new sport rim (eheh, salah divider yang tinggi sgt). ohh ohh,then, i gave him extra cdt because he took my dirrrrty LeSprtSac purse and washed it.
you see here,he has a quirky habit that he likes to wash every stuff he has like cap, wallet,bags and even worse his watch !Kalau barang-barang tu color putih, lagi lah dia rajin sental.he will wash things that we never come across to clean with detergent and clorox.worse,he could wash his shoes after he wears just only for a day.aku rasa dia ni memang suka la main air thats whay he just simply loves washing machine and detergent. and y'day, my uncle bought a new washing machine at home, and he is the happiest man on earth. the heck! He has daddy's trait i guess.

well back to topic, my used-to-be-dirrty purse turned into as good as new one now!bersinar-sinar purse color hijau seakan-akan lumut tu.But in return, nah, dia belasah kete aku for a week. cess~

Tuesday, July 7, 2009

Birthday surprise

Semalam selesai satu surprise birthday utk ayah su gue yang ke 33 !woh, tua dah . planning 3 hari kot and party preparation huh, sampai 4 kedai aku dan cik eja jelajah. Dari Party world The curve sampai la ke party house Kota Damansara. Punya la susah nak wayang pakcik aku nih supaya jgn terus balik rumah after outstation Sua Rasa, at last berjaya juga.Baik punya aku dan Faris kelentong, Walaupun dia dpt sense.. saat2 akhir nak sampai rumah..dia dah senyum2. Dia bukak je pintu kami jerit and sembur birthday confetti. Hahahaha! Gambar lain banyak tak sempat nak upload lagi, ni pun curi dr FB Aesu. Yang penting cuppies ni, kiut kan? Kami mintak design lain..tapi dpt ni..kira ok lah..kinda cantik :))



Monday, July 6, 2009

Edisi 'jgn close account blogspot saya'.

Ya! jika blogspot ada syarat mcm tu..pasti blog ini dah jenazah. reason nya hanya kerana MALAS. hanya lima huruf dan berhuruf besar---oleh itu, ayoh! kawan2, kita skrol down sma-sama, tgk apa yang saya balas dari Tag Nani ini..

1. apa perasan sekarang
sejuk,shawl kuning dari India pemberian Elidot tak dapt menahan takat beku suhu opis ni

2. saya nak makan
Cupcakes yang di tempah utk seperais birthday petang ni

3. saya x suka
bendalah yang duk kutuk gigi Elida! sumpah dpt penyakit sipilis baru tau!

4. impian saya
siapkan project [Silverlight 2] dalam masa sebulan, buleh ke?!!

5. haiwan yg saya tidak suka
ulau ! geli aku!

6. saya harapkan
Alan dtg jemput saya di opis petang ni, tapi dia dah balik melaka semalam, SOB !

7. jika boleh diputarkan masa
aku tak kan terpedaya dgn SALE untuk membeli satu kasut, dua kasut dan tiga baju semalam!abih duit aku!

8. saya pada 10 thn akan datang
kahwin dgn compare MHI tu..hee..bf saya plak kawin dgn Megan Fox..ok ape?!

9. hp saya adalah
K7710

10. saya pernah bercinta sebanyak
kalau boleh rewind, nak becinta sekali je :D lomantiknye

11. saya suka pada
katak hijau..hanya hijau..itam tak suka..

12. kawan2 saya
sorang di india, di australia pun ada, di Petronas twin tower ada 2, di jln ampang ada 3, di uia, ada 8, di kota bharu ada 1 tu pun rasanya dia kat KL sekarang..ada intebiu..semalam ajak saya gi IKEA.

13. pernah dikhianati
5 kali

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
what goes around comes around -.-

15. senaraikan 8 orang untuk di tag
nor ilani
elida hanan
yasmin
siti athirah
sapa2 pun boleh!

Friday, July 3, 2009

Little Brag Book is on HIATUS :D