Tuesday, September 23, 2008

Gurindam Jiwa

Rasa macam nak buat concert masih ada yang sayang.
Semakin hari semakin sayang. kami la. sape lagi.


Saya sayang Alan.

Dia pun sayang saya.
Saya tau walaupun dia tak cakap...
*perasan sorang-sorang*

-----------------------------------------------------------------------------------------
Counting days ,,,

2 days to go
before his b-day
-----------------------------------------------------------------------------------------

Monday, September 22, 2008

Semua orang penah buat silap

kasut ati- tak bekait dgn iftar pun gambar ni

haih kecoh sangat kecoh. hari Khamis minngu lepas berlangsung iftar KiCT di Main Hall CAC. Kali ni punye iftar kami assume lebih meriah since last year punya hanya buat kat Banquet CAC. So,aku awal-awal lagi tak mau jadi committee since aku nak pegi makan je. Ye la, majlis makan-makan ni kalau jadi comm-T mesti rugi. Hihi. tapi sebab kawan aku yang jadi P.M,terpaksa la ( willing actually) aku tolong jaga kan booth. Booth iftar tu for student register nama and dapat token for door gift. Ok. so,bila tiba time aku yang in-charge ,mesti lah bingit bunyi nya. semua orang pass by booth aku jerit -jerit promote. agak ramai jugak termakan pujuk rayu ku. ditambah pula dgn menu iftar, lebih kurang 2 pages,perghh lagi sedap aku promote. Local and international student semua aku heboh kan.



Block huruf tu amik masa lama nak siap

abis bab promotion, rabu before iftar, P.M call suruh pegi tolong siap kan deco. haih! dah ke hari ni ada pre-reg next semester. malam nya aku pegi la jugak tolong diorang since P.M dah kecoh-kecoh cakap aku ni Diva ,susah turun padang kalau ada event. so,secara otomatis nya aku ,Ati and Ina jadi commitee. Before pegi tolong deco tu,aku ada pegi meeting ICTSS, and terdengar la rungutan few main board tentang iftar. aku buat donno je since aku mana tau sgt progress iftar esok. lagi pun aku takat jaga booth je.


masa buat deco, P.M dgn bantuan Midzi (import khas budak KAED) sibuk duk lipat & tampal kertas. Buat Lantern katanya. Mak aih banyak sial. sakit-sakit tengkuk aku duk gam bende tu.

dipendek kan cerita,on the day of KICT Grand iftar,keadaan agak kelam-kabut skit since comm-T for iftar 10 orang je. tu pun tak semua dapat buat keje sekali gus. kami gilir-gilir,tak mau skip clas. kelam kabut sebab deco je. pasal makanan and preparation hall bukan tanggungjawab kami .diulangi bukan tanggungjawab commitee . so around pukul 7 aku sampai hall time tu dah ramai datang sebab iftar start kul 6 lagi. Nak dijadikan cerita bila emcee announce suruh amik makanan,semua berebut-rebut serbu meja buffet. Maybe takut tak sempat amik makanna before azan kot. sekali datang fanna...


" wey,makanan maybe tak cukup..takde refill"

"what? " time tu aku dah cuak gila.


Mana tak cuak student ramai sgt duk queue. Buffet hampir-hampir nak abis. Hadoi la..tak payah cerita la sequal nya. tentu- tentu keadaan kacau bilau. aku dan kawan-kawan commitee tak dapat makan langsung main dishes. berbuka dgn air and caramel pudding je. nak telan pun rasa pedih anak tekak. aku duk pkir,ramai kawan-kawan lain datang and some of them tak dapat makan langsung. FYI, they pay like $5 and the rest $17 was paid by kulliyyah. So,ramai yang terkilan.


aku rasa semua orang dalam dewan salah kan commitee and kami tak leh nak buat ape. pihak catering yang 'bal' dapat tambah mehun and kue teow goreng je. tu pun ambik masa nak masak. untuk semua semua yang menyirap tak dapat makn....korang tak leh pin point kami since bukan kami yang in-charge pasal f&b. kami tak telibat langsung pasal order mengorder makanan. kalau korang tak leh makan,kami pun tak makan dol. deco yang lawa-lawa dah tak nampak ...semua sebok duk pikir pasal makanan tak cukup. Penat lelah Midzi,wan,hadi etc etc takde orang nak puji pun.


aku rasa hijau muka. ye la aku yang kecoh-kecoh promote pasal iftar,alih-alih jadi macam ni. kena hentam teruk jugak la. sumpah,mana aku nak tau haru-biru jadi nya. aku dan comm-T lain dah try nak setel kan keadaan. kami pun insan biasa, ada salah silap. korang tak dapat makn pun,agak-agak la skit nak kutuk pun. ingat senang ke nak handle program. jangan sebab benda yang remeh ( remeh sebab bukan ko sorang je yang xleh makan) nak masam muka. at leat tanya la apa sebab jadi macam ni. cuba kau letak diri kau kat tempat kami yang commitee ni.


end up malam tu kami tak makan pun, cuma sesuap dua kueteow yang kemudiannya sampai. tinggal kenagan and aku rasa perit gile bila pikir pasal GRand Iftar yang tak Grand sebenarnya..



credit to Midzi.CANTEK sgt!

Sunday, September 21, 2008

Ahlan Ya Syawal


Salam aidilfitri!!



Kad raya terang-terang tak sempat nak hantar. E-card je la pengganti diri. Maaf Zahir batin~

Tuesday, September 16, 2008

one happy family

Cetusan idea dari Mohd Hilmi selalunya kelakar. and now he created a complete little family. How cute!Funny pun ada. Everybody ada. Paling funny Cherry's icon- cheer leading thingy. As for my icon he made a girl in heaven. The angel's wing symbolized the heaven. Kurang ajar la tu. heart him more and more altho he's went lil aboard!

Saturday, September 13, 2008

Keluh kesah bersama kak Esah


Lihat la jeans jeans ini. super skinny and grey-ish. Rasanya sangat pelik dan tak sesuai jika aku si pemakainya. My fatty fatty bom bom thigh , big and huge hip etc etc. i got everything what world offers except for ideal body figure. making it worse, i wear short length type for international size jeans. heartbreaking and pathetic. even if i wear straight cut it look weird on me. kalau beli local brand jeans,memang aku kena alter 3-4 inches for the jeans length.

These are my favourite..super tight skinny grey

green skinny and metro look

Deep blue super skinny low-waist

faded flare cut

straight cut faded blue


P/s : Sekadar impian je la nak pakai skinny..

Friday, September 12, 2008

Sekadar menghargai pemberian

"Bapa ku pulang dari kota,bapaku beri kan kereta"

Nostalgic song and everyone knew it since its a compulsory song during standard one in Malay sekolah rendah.

alhamdullilah,
thank you dad.
thank you mumy
.

walaupun Ramadhan dah nak masuk setengah bulan, aku tetap syukur. Tak payah lagi menapak. Mula - mula agak gusar utk menerima kerana aku bukan la pemandu kereta manual. dgn gigihnya aku belajar dgn Faris balik cuti awal Ramadhan. Tanpa kusedari..aku bukan la tak pandai langsung ,tak mati enjin pun. hee takat gugup time nak tukar tukar gear je.maklum la seingat aku last time bawak manual masa amik lesen form 5 dulu (tu pun sbb kete JPJ manual,kalau ada yang auto dah lama dah aku request.). seksa tensen dan gemuruh. Mana la aku biasa tukar - tukar gear selang 1 minit. Tambahan bawa dalam uni, struktur jalan yang ala-ala bukit bukau ditambah dgn 'bumper' yang melambung...cukup menyesak kan dada.

Test punya test..berjaya bawak sampai rumak acik ku kat Pinggiran Bt Caves. tu pun seboleh boleh nya aku elak naik fly-over yang ada traffic light.terima kasih kepada co-pilot athirah kerana tak jemu-jemu ajar aku...Rasa mcm nak tampal 'P' je kat cermin kereta. so next time bila tiba-tiba aku sangkut tengah-tengah jalan orang tak leh marah,malah siap bagi kata pembelaan lagi. hihi

" oh kesian budak ni,baru dapat lesen tu".

memetik kata-kata papa ku

Papa : Jaga elok-elok kereta,use it wisely and dont fool around. the car is not a pasport for you to go anywhere you like. kalau kakak silap guna,papa tarik balik.

Aku : errrk.ok..

Saya sangat takut dengan papa saya ok. Kejap saya kejap aku. Dia sangat garang. Mami saya? hmhm dia tukang usik je,tiap kali call mesti usik-usik aku yang bawak kete cam sipot.

Entri ni bukan nak show off ke apa tapi nak kongsi cerita yang aku ni maha penakut kat jalan raya. apa salah nya kalua nak bercerita memandang kan korang yang memilih untuk membaca. dah nama nya blog aku,mesti la aku cite pasal aku dan duniaku...whaha.jika diberi pilihan antara aku dengan Faris drive..adik ku akan cepat-cepat rebut kunci kereta. Jika aku yang drive elok bole sampai dalam masa sepuluh minit,i'll take additional 5 minutes


Thursday, September 11, 2008

11 Ramadhan

Berat saya turun 2.5 kilo ! wahaha syukur,berkat Ramadhan :)
kepada kawan kawan yang giat menguruskan badan..usaha!