Tisu tandas adalah aset penting bagi aku masa nak ke ladies room. Al kisah nya , tandas tempat aku kerja ni, memang cepat habis toilet paper. Mana tak habis bila, sekali tarik,sampai bergelung2 kat tangan. Tu kalau sorang, cuba bayang kan, dlm masa sejam, berapa puluh org pengguna tandas?Kalau waktu petang, dalam pukul 5 , tisu mesti habis dan tak berganti. ni kerana makcik yang on duty mesti lah dah balik! So diorang ni, sebab desperate sgt, kadang2 ada yang aku nampak masuk bilik cleaner selongkar cari tisu.
Ada satu masa ni, aku masuk toilet tisu masih tebal kat depan sinki..kalau aku masuk lagi sejam , tisu yang tebal tadi, dah takde ! Magik gila, diorang rebus buat minum ke apa. Rupa2 nya, bila masuk dalam tandas, tisu yang tebal tu disorok dekat penyangkut belakang pintu tandas. dimana tempat toilet paper roll tu dibiarkan kosong,so that bila sesapa jenguk, pasti ingat tisu dah takde. maka orang yang sorok tu je yang akan dapat pakai tisu tandas sampai lah pukul 9 mlm sekali pun.. panjang akal nye. tapi bila dah selalu sorok, lama-lama macam membazir, kadang-kadang tisu tu jatuh ke lantai, dan basah. euww, sape yang nak guna lagi?! Aku pun, kadang2 amik tisu depan sinki, alih-alih bila masuk dlm toilet, ada pulak kat belakang pintu.. dfhkmghjkmkll!
Dan aku perasan jugak, bila staf2 yang bukan melayu ni keluar tandas, diorang mesti basuh tangan pakai sabun.. lain pula dgn staff satu bangsa, lepas keluar tandas,tak basuh tangan pun...eeee !