1. Jerit kuat-kuat - Selalu nya aku masuk dalam kereta & aku jerit kuat-kuat. Suara tak kuat mana pun, tapi sebab duduk dalam kereta yang kedap bunyi, so akan bergema kuat suara
2. Karaoke - Ini boleh jadi aktiviti lepas geram yang sihat. Biasanya masa uni dulu, selalu pergi karaoke dengan member. time tu kalau nak luah, bukan kata nyanyi tapi tahap jerik dan terpekik. suara sedap ke tak, lain cerita.
3. Shopping - dulu lah, selalu buat macam ni, kalau rasa moody and geram, tanagn gatal nak membeli, biasanya online shopping lah. Kalau nasib tak baik, keluar pegi shopping mall, main beli je apa yang telintas. Duit cukup ke tak, belakang kira ...
4. Mandi - Ya! mandi boleh hilang kan stress, tak percaya, try kalau dah bengang tahap babun, masuk bathroom, duduk bawah shower. Nak lebih feel, mandi dengan baju sekali...boleh feel mandi hujan :P
5. music & choc - biasa aku ni jenis melayan marah dan sedih, selagi tak puas hati, selagi tu aku duk ulang lagu sama. Chocolate boleh buat kau rasa tenang.. dan gemuk !
6. cari article - bila dah dewasa nih, rasa macam perasaan marah ni perlu di bendung, kadang-kadang aku search kat Google, cari cara-cara nak hilang kan rasa marah. Dan ada juga aku google untuk doa-doa yang boleh sejuk kan hati
![]() |
| Tak sempat nak beli iPod yang mcm biskut ni |
7. Last sekali..istigfar lah banyak-banyak, dis sebalik rezeki yang di kurnia-Nya, mesti lah ada ujian dan amaran buat kita supaya kita tak lalai dan leka...Astagfirullah al-azim


